MEASURING LENGTH
People in ancient times used different parts of the body to measure length :
ARM SPAN
CUBIT
FOOT
SPAN
DIHARAP KITA DAPAT BERKONGSI MAKLUMAT DAN ILMU BERSAMA - SAMA..
MEASURING LENGTH
People in ancient times used different parts of the body to measure length :
SECTION B
SECTION B
Inference
SECTION B
Day | Aquarium M (four fish) | Aquarium N (seven fish) | ||||
Weight without fish | Weight with fish | Weight of four fish | Weight without fish | Weight with fish | Weight of seven fish | |
1 | 1.5 KG | 3.5 KG | 2 KG | 1.5 KG | 3KG | 3.5KG |
12 | 1.5KG | 3.5KG | 2 KG | 1.5KG | 3 KG | 3.5KG |
SECTION B
SECTION B
Enrichment Activity
MARI MENYANYI
LAGU : Tubuhku dan Gunanya
Saya melihat warna dengan MATA
Saya mendengar bunyi dengan TELINGA
Saya merasa manis, gunakan LIDAH saya
Saya menghidu guna HIDUNG pula.
Kalau saya memegang dengan TANGAN
Kalau saya berlari dengan KAKI
Kalau saya nak makan, gunakan MULUT saya
Kalau saya dah tahu sebut semua.
( MATA. TELINGA, LIDAH, HIDUNG, TANGAN, KAKI, MULUT )
SILA NYANYI IKUT MELODI LAGU " KALAU SAYA GEMBIRA "
Tahukah Kamu ?
Adakah Ikan Minum Air ?
Adakah ikan minum? Walaupun ikan hidup di kelilingi air
namun ia tetap memerlukan air untuk minum. Ikan yang
tinggal di laut menggunakan air masin sebagai sumber
minuman. Namun begitu, ini tidak bermakna ikan menjadi
masin akibat tabiatnya meminum air laut. Ini kerana
semasa ikan minum air laut ini ia mampu mengasingkan
garam daripada air laut yang diminum.
kelebihan ikan ini kerana ia mempunyai sejenis sel
kumuhan klorida yang dikenali sebagai ‘ioncytes’ di dalam
insangnya. Ia akan bertindak aktif untuk mengepam
keluar garam daripada badan ikan. Ikan akan merasa
dahaga jika ia tidak minum. Malah ikan akan mati
kekeringan jika tidak minum walaupun ia hidup di dalam
air.
Tahukah Kamu ?
Keunikan Manusia
Sedikit fakta menarik mengenai badan manusia, antaranya:
badan mempunyai sejumlah trillion unit sel.
bahagaian badan yang berbeza mempunyai jenis sel yang berbeza.
otak manusia mengawal segala aktivti sel, tisu, organ dan sistem.
jantung manusia berdenyut 70 kali seminit, dan setiap kali berdenyut ia mengepam secawan darah.
jantung manusia seberat 300 g dan berdenyut lebih kurang 100,000 kali setiap hari.
terdapat 206 ruas tulang pada rangka manusia, separuh daripadanya terdapat pada tangan dan kaki.
setiap manusia mempunyai 32 batang gigi.
otot-otot membentuk satu setengah kali berat badan.
jika kesemua kulit dibuang, ia mempunyai berat sejumlah 2.27 Kg.
70% berat badan adalah berat air.
Tahukah Kamu?
Katak ada gigi ke tidak?
Katak puru mempunyai gigi yang terletak di bahagian atas dalam mulutnya dan mempunyai lidah yang kuat mampu melambung mangsanya terus ke dalam mulutnya. Katak puru mampu melompat sejauh dua meter. Seekor katak puru amat mementingkan kawasan masing-masing dan melindunginya dengan pelbagai cara termasuk mengeluarkan bunyi, mengejar penceroboh, menyerang dengan melompat termasuk ‘bergusti’.
Katak puru betina amat tertarik dengan katak puru jantan yang mampu menyediakan makanan yang banyak dalam kawasannya. Seekor katak puru betina mampu mengeluarkan 25,000 biji telur yang bercantum antara satu sama lain dan terapung-apung di permukaan air. Haiwan tersebut akan menjaga anak-anaknya yang dikenali sebagai berudu sehingga ia berusia dua tahun. Jika saiz seekor berudu itu panjang bermakna ia bertukar menjadi katak puru yang cukup besar selepas metamorfosis bermakna ia mempunyai peluang hidup yang lama. Pendengaran adalah deria yang paling penting bagi haiwan ini kerana katak puru jantan berlumba-lumba ‘menyanyi’ di kawasan kolam yang dijadikan tempat pembiakan. Manakala katak puru betina akan menyahut ‘nyanyian’ itu secara agresif dan tanpa henti.
Tahukah Kamu?
Aloe Vera
Antara khasiat yang terdapat pada gel tumbuhan aloe vera adalah:
Tahukah Kamu?
Ikan Paus
Sejak bila ikan paus wujud? Fosil ikan paus yang ditemui di bumi ini menunjukkan ikan paus telah wujud di bumi ini sejak tujuh juta tahun yang lalu. Namun begitu para saintis percaya bahawa ikan paus telah wujud sejak 55 juta sehingga 60 juta tahun yang lalu. Terdapat 80 jenis ikan paus di dunia ini termasuk 11 spesis ‘baleen whales’ dan 69 spesis ‘toothed whales’ yang turut merangkumi ikan lumba-lumba. Walaupun kita ketahui bahawa ikan paus hidup dalam air masin tetapi terdapat beberapa spesies ikan paus atau dikenali sebagai ikan lumba-lumba yang dikenali sebagai ‘Chinese river dolphin’ yang tinggal di kawasan air tawar.
Kebanyakan masyarakat percaya bahawa ikan paus adalah haiwan yang amat bijak kerana ia mempunyai otak yang besar dan kompleks tetapi kebijaksanaannya itu masih belum dibuktikan
Buruj Pari | Buruj Belantik |
Buruj Biduk | Buruj Skorpio |